Saturday, December 18, 2010

Perginya x kan kembali..!!!!!!

dah lame rasenya x update blog.... dah bersawang pon..... x de benda nk citer..so same2 la kte berkongsi info .SEBAGAI PERINGATAN BERSAMA ..semoga ia menyedarkan kte sebagai hamba Allah yang mana kite datang dariNYA dan kite kembali kpdNYA...

Firman Allah Taala: Yang bermaksud:"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Kita lahir ke bumi menangis dan ketika mati kita meninggalkan tangisan dari orang terdekat kita.

seandainya nyawa kita dicabut oleh malaikat maut, tidak ad tawaran lagi... dan tidak ada tanguhan lagi... boleh kah kite berkata...

Jangan!! Aku ingin hidup seribu tahun lagi!! Aku ingin bertaubat sebelum mati! Ingin beribadah dan memperbaiki kelalaianku. Begitu lelah aku mengumpulkan harta! Begitu aku telah mencapai dalam meraih keduniaan semata! Akankah semua itu aku tinggalkan???

bolehkah kite berkata begitu..tidak!! tidak!! bila tiba ajal kematian tetap menjemput x kira samada kite bersedia atau tidak..

Harta yang kita kumpulkan dengan susah payah, hanya akan menjadi saksi bisu, bahkan akan menjadi kayu bakar kita, manakala tidak menjadikan sarana ibadah kepada-NYA. Lantas bagaimana anak isteri yang kita cintai, itu pun tidak mampu berbuat apa-apa, kecuali kalau mereka seiring dan punya tujuan sama untuk meniti jalan-NYA, lebih-lebih lagi jika memiliki anak yang soleh yang mendoakan, insya-ALLAH ia bisa menjadi penyelamat kita.

Jadi, kita benar-benar sendirian, harus memikul amal perbuatan masing-masing, tidak kira sama ada yang baik mahupun yang buruk. Saat itu kekuatan yang biasanya kita rasakan, akan berkurangan, kaki yang biasanya berjalan, mulai lemah, begitu pun tangan dan anggota tubuh lainnya. Degup jantung semakin melemah, nafas sesak dan akhirnya seribu sakit mendera kita. ALLAHU AKHBAR, nyawa lepas dari raga terkulai tidak berdaya dan kita yang sedang menyaksikan badan tersebut.

Saat itu baru kita sedar, betapa singkatnya hidup, betapa menyesalnya dengan waktu terbuang begitu saja, baru sedar kalau hidup tiada lain hanya untuk beribadah.

Saat itu mungkin kita sedang meratapi badan yang penuh berlumuran dosa, tetapi percuma pintu ampunan tertutup sudah, kesempatan berbuat dan beramal soleh usai sudah.

Wahai manusia, saat engkau berhasil meraih impian, saat engkau berhasil meraih kejayaan, yang terfikir olehmu itu adalah hasil kerja kerasmu semata, itu hasil perjuanganmu saja. Sementara, pernahkah terbersit bahawa semua keinginan yang terwujud merupakan anugerah dan Rahmat-NYA. Di sebalik semua kejayaan, ada ujian dan cubaan dari Rabb-NYA yang memberikan.

oleh itu berbuatlah berbagai macam kebaikan sebanyak-banyaknya sehingga saat ajal memanggil, tidak akan hadir kerisauan yang ada hanya kepasrahan dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-NYA. Perlu sekali kita ingat, apa pun yang kita perbuat adalah anugerah dari rahmat-NYA. Mengapa demikian? Sebab ketika kita ingin berbuat baik, maka atas izin-NYAlah kita sampai pada perbuatan baik tersebut. Untuk itu saat kita mampu beramal soleh maka bersyukurlah kerana kemampuan beramal belum tentu diberikan kepada semua orang dan itu merupakan rezeki yang luar biasa.

AL-FATIHAH buat sorang saudara y pergi dhulu dari kita..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurauanhidupsendiri/Article/index_html

Thursday, September 30, 2010

Di Kala Ini.............


















*SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI...AMIN.....*

SeInDaH mAwAr BeRdUrI :)


Seindah mawar berduri
aromanya harum mewangi
namun berpagarkan duri
demi mempertahankan hakikat keindahan

kalau tiada cinta insani untukmu
cukuplah cinta ALLAH Menjadi penyuluh hidupmu
kelak ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintamu terhadap NYA.
(kasihhanyauntukislam.blogspot)

Sunday, September 5, 2010

To All...............:)


ANGLEGURLS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..KEPADA SUME Y MENGENALI KAMI.........

Friday, September 3, 2010

Kerana ak maseh d sini..

sedih bila tegok sume org bwk beg.. n sume kwn2 dah balik...... rase n mengalirkn air mate... tp apekn daya.. ku kena kuat... kesabaran ku dah mkn menipis.... waaaaaaaaaaa... sepatutnya ku dah kt umh skrg dah dpt ganti mak kt dapur ...sedih bila mak mengadu dah x lart..sedih bila abg y dah 2 taun x blik raye dah lame ade kt umh...sedih coz kepala penuh dgn maslh n bnda y maseh blm selesai... ... aaaaaaaaaaaaaaaa ku terlalu penatdah x lrt lg nk edit2.. bila pulun edit..aleh2 pi x de..YA ALLAH..mungkin ni ujian u aku ....... semga mggu dpn lps n nk blk..... dah x mmpu...... 1 jer y ku fkrkn if mggu dpn still x lps..aku x kire lantak la nk blik jugak.... best yer bile tegok org laen sng jer...

Thanks 2 iman kerna bg tumpang umh kalu x duk la daku sorg2 kt asrama dgn penuh senyap...

n x lupe TAKZIAH u seseorag ats kehilangan bonda tersayang....semoga ditempatkan di kalangan org beriman.........

ok la buat sume...... selamat hari raye ....maaf segala slh n silap....peace:)Y

Sunday, August 22, 2010

Hari-hari keramat:..what ever cayok---peace

BERMULA DARI HARI INI::::
PENYERAHAN DRAF KERTAS SARANAN(PROPOSAL) ---->>> 2 HARI LAGI (26/8)
PERBENTANGAN KERTAS SRANAN ---->>> 8 HARI LAGI (1/9/2010-->>9.00 pg-4.00ptg-->>mp3&mp4)

HANTAR KERTAS SARANAN --->>> 9 HARI LAGI (2/9)

HANTAR DAN SEMAKAN DRAF THESIS --->>> 57 HARI LAGI (21/10)
PEMBENTANGAN THESIS AKHIR --->>>69 HARI LAGI (2/11)
HANTAR THESIS AKHIR -->>> 75 HARI LAGI (8/11)

fuh sempat ke x ni??? 2 belum tolak cuti raye 2 minggu, cmpur time x der mood... campur e2 ini...waaaaaaaaaaaaaaa..killer..kilerrrr.. x pe2 cayok2 sume..semoga dpt mengharungi saat genting ini... Gud luck u suem:)

Sebagai Panduan Bersama :)::Insya-Allah


Friday, August 20, 2010

sira roti ohhh..sedapnya..

ari ni hari ke-8 puasa..waaaaaaaaaa.. huhu n hari2 y penuh dgn stress dan pening2 kepala memikirkan proposal dan projek.. dgn tarikh2 kermat yer mkn menghapir....huaaaaaa.. moga2 kami-kami dberi kekuatan n keyakinan u meneruskn perjuangan terakhir...

8 hari puasa tiap2 hari jugak la asyik fkr nk mkn ape???..adoiy tiap2 ari mkn mknan same jer..bosan sgt2.. mase ni la rindu nk mkn masakan umah..y ade kt kepala n duk terbayang2 skrg sira roti ga singgan daging..huhu sedapppppp yer....

kalu bln puasa mesti menu ni jd juadah utama.. tp dah lame x buat..bak kate mak x yah la buat ..x mkn pun..tp ak merindui mkn2 e2...

heheh..korang tau x cm ner rupa sira roti ga singgan daging 2??..arrrrrrrrr korang nk tau resepi die x?? resepi asli dr my mommmm..hehhe jom tegok..mane tau kut2 korang nk try..


ha ni la sira roti..tp ni x same ga resepi my mom...tp lebuh kurang la
so akak nk berkongsi resepi ni ga korang2...

bahan-bahan (sory la sukatan x der main letak jer)
santan
gula (kalu nk manis letak lbh sikit)
bunga cengkih @ daun pandan (bagi wangi jer, bunga cengkih 2 dah ckp)
1 biji telur ayam(byk karang hanyir lak)
roti(ikut la roti sandwich ke roti bata 2)* selalu guna roti bata 6ti ptg nipis2
majerin

cara2
1. masukkan santan dlm periuk n buka api perlahan kacau sentiasa yer
2. masukkan gula
3.masukkan bunga cengkih @ daun pandan
4. last sekali masukkan telur
5. kacau sehingga mendidih..jgn leka coz santan cpt beku n x sebati..bila dah mendidih tutup api..
kacau jgn sehingga suam2 kalu x kacau alamaknya berketul2 la..jdnya
6. last sapu majerin kt roti n bakar kejap..
7. bila tiba mase nk mkn @ 5 mnt sebelum nk mkn tuangkan kuah y kte masak td ke ats roti.. n then siap..boleh la di mkn..bg la kuah td 2 serap dlm roti ermmmmmmmm makin la sedap..huhu

*** hihihihi... ade org x tau sbnrnya sira roti ni cm ner... singgan daging resepi die laen kali la yer.. **
..selamat bersahur n berbuka puasa yer sume..

Monday, August 16, 2010

Sejenak mengenai Cinta...

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
  • Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
  • Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
  • Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
  • Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
  • Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
sekadar renungan... tiada cinta yang hakiki selain cinta kepada Yang Maha Berkuasa... Cinta manusia hanya di duni..Cinta Allah kekal selama-lamanya..

Saturday, August 14, 2010

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak


u sume umat islam di seluruh dunia...selamat meyambut bulan ramadhan al-mubarak...semoga bulan ramadhan tahun ini memberi kte lebih kesihatan u melakukan amal ibadah..amin........

satu peringatan :
Bulan ramadhan ni la kite nk beramal dan menambahkan ibadat sunat kite...ye lah pada bulan ramadhan banyak kelebihan.. . adakah anda tau cara u beramal di bulan ramadhan ini.. u beramal di bulan ramadhan perlulah kita memahami cara beribadat mengikut sunnah dan janganlah mengikut adat kerana Rasulullah pernah bersabda dalam hadisnya: "barangsiapa menghidupkan sunnah ku ketika rosak umatku maka baginya mendapat pahala 100x syahid."

oleh itu berhati2 lah melakukan amal ibadat supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik sepanjang bulan ramadhan.

CHECKLIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN:

1. mengucapkan tahniah (selamat menyambut ramadhan)
2. niat sebulan bagi malam y pertama dan selanjutnya niat u hari-hari.
3. solat fardhu berjemaah di masjid/surau
4. solat terawikh
5. tadarus AL-Quran
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir surah al-Kahfi supaya dapat bangun tepat jam 4.00 pg.
7. bangun jam 4.00 pg u qiamullail
8. bersahur
9. jangan tidur sesudah sahur
10. menjalankan kerje harian dan menjaga pancaindera
11. soalt sunat dhuha
12. qailullah (tidur sbntr waktu tengahhari)
13. waktu petang mengikut majlis ilmu @ berdoa kerana berdoa itu sangat mustajad
14. berbuka ala kadar dan tidak berlebihan

***SELAMAT BERAMAL***

rarely post~~~

hmm da lame xpost hehe

tetibe terase nk post plak.......

ari 1st nk dtg sini tesangat la sedihnye........

bukannye xpena jauh dr family,tp kali ni lain rasenye dtg kat sni....

wat petame kalinye air mate ni gugur jua sbb ketidakrelaan hati utk dtg sini huhu

tp xpe.......cabaran ni akan kusahut....yeah!!!!chaiyok2!!!!!

ni berite gembire plak...xya la sedih lame2...sedih skit2 je da hahaha

my dear(hafizi) da dapat keje....alhamdulillah.....

setelah slalu berdoa......akhirnye dpt jugak.....yg penting skali,jgn putus ase....

selagi kite useha...insyaallah tuhan tolong kite......mungkin skarang kite xdpt ape yg org lain dpt,sbb mayb rezeki kite bukan kat situ tp kite akan dpt lebih baik dr tu.....

pape pun smuge die dapat bekeje dgn baik kat sana......^^

hmmm puase plak...kejap je da puase da......harap2 puase kali ni lebih baik dr yg dulu......

nk tambah pahala sebanyak mungkin kali ni.........amin.......

p/s:slamat berpuase kepade sume......harap2nye puase kali ni akan beri seribu erti pade kite ^_^

Friday, July 30, 2010

Cinta..(Petikan dari Cerpen)..

Kata seorang adik!
Cinta hanya datang sekali dalam hidup seorang lelaki dan seorang perempuan. Bertuahlah kalau rasa cinta itu dibalas. Namun akan menyesal jika langsung tidak terluahkan. Semakin menyedihkan jika masing-masing saling jatuh cinta tetapi mereka membiarkan dan saling menanti luahan suara hati. Lama kelamaan, masing-masing menyangka tiada cinta di hati si dia lalu masing masing cuba melupakan!

Kata seorang Ibu!
seorang perempuan tidak sanggup menjadi perigi mencari timba walau selincah manapun dirinya. Sebagai Lelaki, dirinya harus memulakan.

Kata Seorang Ayah!
Berusahalah, selagi si dia belum bernikah, selagi itu dia berhak mencuba memenangi hati dan cintanya.

Saturday, July 17, 2010

Demi diaaaaaaaaaaaaaaa

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

"ciplak dri bnabella.blogspot.com..bella huhu sue ciplak kejap nooooooooooon.."

Sunday, June 27, 2010

memori y cukup berharga


Menghitung hari ..... rase cm 12 mggu 2 kejap jer.... hanya tinggal 4 ari jer lg nk meninggalkan PSM...dan tamatla sudah LI ku..
huhu nk menghabeskn sisa-sisa minggu ini terase cm makin cpt la mase berlalu..huhu
mulai rase kehilangan..minggu lps sudah seorang meningglkn kami..minggu ni kami ber3 juga akn meninggalkan psm...

terlalu byk kenangan dan suka duka d sini..ilmu yang dperolehi begitu berharga bg ku...

..tergelak sediri bila terkenangkan gelagak2 org2 d sini....

thank 2 all...kerana meninggalkan memori y ckp berharga bagi ku.... maseh ade bnda y belum selesai u ku selesaikan..masih ade sisa jawapan y perlu ku tuntut... .. semoga ianya dpt d selesaikn minggu ini jua...Thanks jua kerna memberi ku kegembiraan dan rasa diterima serta dihargai..... thanks kerna mengembirakan ku diwaktu ku sedih...n thanks juga kerna mendengar luahan hati ku...

aahhhhhhhhhhhhh....lps ni psm akn sunyi dgn celotehku...ceh cm ak ni byk ckp pon..hahaha tp betul la kut..coz ade y ckp ak suka huhahuha... huhu...lps ni dah x leh dgr suara a.yie pg2 lagi, dah x blh dgr lagi celoteh geng2 belakng...dah x blh dgr lgi nasihat en.zahari x blh buat tugasan dr en. khairul lg , x blh lg nk bergaduh dgn org, n dah x blh dgr lg gelak ketawa n ak pun dah x blh kaco org lagi..huhu thank very muchhhhhhhhhhhhhh...rase cm nk menitis air mate.

habes li...umt menanti....wahhhhhhhhhh sedih yer.............

Friday, June 4, 2010

~~surat~~

surat ni diambil dr blog seseorg.....
tp mmg agak meruntunkan jiwa bile membacenya....
best hehe for me la....^^

....UNTUKMU BAKAL ISTERI...


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."


Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."


Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.


Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Saturday, May 29, 2010

RATU KU

RATU KU

Ingin kuluahkan

Apa yang sudah lama ingin kuluahkan

Tentang kebimbanganku ini

Tatkala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan yang ganas

Lagi bernafsu serakah


Ratuku

Kebimbanganku ini

Masih menebal

Apabila ku dengar

Dengungan kumbang perosak

Yang cuba menyedut madumu

Walau tanpa relamu..


Ratuku

kebimbanganku bertambah lagi

Bila kumelihat bunga

Yang tak segan silu

Melampiaskan kecantikanya

Ketika sedang mekar

Melupakan kuntuman

Yang sebelum ini melindunginya


Ratuku

aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi

Ratu idaman hatiku

Kerana apa yang kulihat hari ini

Semakin banyak

Bunga-bunga gugur

Bagaikan tiba musim luruh

Ratuku bukanlah kuharap

Kau segigih siti hawa

Yang berlari-lari

Antara safa dan manan

Bukan juga sesetia ainul mardhiah

Menanti kekasih dipintu syurga

Ratuku akuilah hakikat yang tersurat

Engkau bukanlah siti khadijah

Mahupun siti Fatimah

Engkau buka a’shah

Bukan juga rabi’atul adawiyyah

Wanita suci terpuji

Kerana

Aku tidak layak

Berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi

Bunga-bunga itu

Kembang mekar mewangi

Sehingga keharumannya melewati pintu-pintu syurga


Jangan kau risau ratuku

Kadangkala musim berganti

Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar

Tapi itu ujian buatmu


Ratuku

Esok musim bunga

Pasti akan tiba

Dan kau akan mampu

Berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan

Ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar

Memetikmu lagi

Jangan goda

Kumbang-kumbang ganas

Menghisap madumu

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu

Merosakkan serimu

Kerana

Kau ratu idaman kalbu


Ratuku

Aku bukanlah

Memandang kecantikanmu

Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya

Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku

Masih ada sinar harapan

Yang bisa membuatku tersenyum

Lebar kerana akan ku tunggu ratu hatiku..

 
Copyright 2009 ANGLE GURLS. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com