RATU KU
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku
Kebimbanganku ini
Masih menebal
Apabila ku dengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu..
Ratuku
kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga
Yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikanya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak
Bunga-bunga gugur
Bagaikan tiba musim luruh
Ratuku bukanlah kuharap
Kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari
Antara safa dan manan
Bukan juga sesetia ainul mardhiah
Menanti kekasih dipintu syurga
Ratuku akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah siti khadijah
Mahupun siti Fatimah
Engkau buka a’shah
Bukan juga rabi’atul adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana
Aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga keharumannya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu ujian buatmu
Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu
Berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan
Ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetikmu lagi
Jangan goda
Kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana
Kau ratu idaman kalbu
Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum
Lebar kerana akan ku tunggu ratu hatiku..
2 comments:
erk.....wa su...da pandai berpuisi nampak hehehe
huhu...biase lah..d sekeliling asyik bermadah punjangga..
Post a Comment