Saturday, May 29, 2010

RATU KU

RATU KU

Ingin kuluahkan

Apa yang sudah lama ingin kuluahkan

Tentang kebimbanganku ini

Tatkala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan yang ganas

Lagi bernafsu serakah


Ratuku

Kebimbanganku ini

Masih menebal

Apabila ku dengar

Dengungan kumbang perosak

Yang cuba menyedut madumu

Walau tanpa relamu..


Ratuku

kebimbanganku bertambah lagi

Bila kumelihat bunga

Yang tak segan silu

Melampiaskan kecantikanya

Ketika sedang mekar

Melupakan kuntuman

Yang sebelum ini melindunginya


Ratuku

aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi

Ratu idaman hatiku

Kerana apa yang kulihat hari ini

Semakin banyak

Bunga-bunga gugur

Bagaikan tiba musim luruh

Ratuku bukanlah kuharap

Kau segigih siti hawa

Yang berlari-lari

Antara safa dan manan

Bukan juga sesetia ainul mardhiah

Menanti kekasih dipintu syurga

Ratuku akuilah hakikat yang tersurat

Engkau bukanlah siti khadijah

Mahupun siti Fatimah

Engkau buka a’shah

Bukan juga rabi’atul adawiyyah

Wanita suci terpuji

Kerana

Aku tidak layak

Berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi

Bunga-bunga itu

Kembang mekar mewangi

Sehingga keharumannya melewati pintu-pintu syurga


Jangan kau risau ratuku

Kadangkala musim berganti

Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar

Tapi itu ujian buatmu


Ratuku

Esok musim bunga

Pasti akan tiba

Dan kau akan mampu

Berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan

Ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar

Memetikmu lagi

Jangan goda

Kumbang-kumbang ganas

Menghisap madumu

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu

Merosakkan serimu

Kerana

Kau ratu idaman kalbu


Ratuku

Aku bukanlah

Memandang kecantikanmu

Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya

Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku

Masih ada sinar harapan

Yang bisa membuatku tersenyum

Lebar kerana akan ku tunggu ratu hatiku..

Tuesday, May 4, 2010

Entah ape2 jer..........

Dah lame x gepost..... nk kate busy x jugak... nk kate x de idea pon x jugak...tp entah la..mood nk menulis 2 x de..

pejam celik latihan industri dah masuk minggu ke-4..alahai kejap jer rasenya...erm...

haha mlm ni x der kerja nk buat terbuka lak hati nk gepost..tp x de pe2 pon nk postkn...cite pon x de. nasihat pon enggak ad.....

nk tido mate lum nk tido....bdn pun panas semacam jer..huhu...kesian my mom.. risau tol kt ank die sorang ni....takut2 demam teruk..he3.. x yah risau mom... esok2 cht la 2...

ah...rase kempunan nk makn roti tempayan...ni abg yer pasal la ni...ari 2 mase hntr nk bwk pi makn roti tempayan..aleh2 leh lak tukar fikiran nk mkn KFC..huhu... x pr minggu ni akak nk balik nk tuntut janji..huhu

.....mane la adik2 ku ni...rindu kt korang.....
 
Copyright 2009 ANGLE GURLS. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com